Showing posts with label MACHANG. Show all posts
Showing posts with label MACHANG. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Homestay Semi-D Villa Yusuf

Bedrooms:
3
Bathrooms:
1
Furnished:
Yes
Pets:
No
Broker Fee::
No
Villa Yusuf ialah rumah semi-D setingkat yang dikelilingi suasana desa yang sejuk dan nyaman. Keluasannya kira-kira 1,000sqft.

Lokasi- Terletak di pertengahan Jalan Kuala Krai - Kota Bharu
- 1.3km dari Kemuning menghala ke Bukit Bakar
- 3km dari Machang
- 10km dari UITM Machang
- 15km dari Tanah Merah
- 15km dari Pasir Puteh
- 20km dari Kuala Krai
- 35km dari Besut (Jeti ke Pulau Perhentian)
- 40km dari Kota Bharu


Kemudahan- 3 bilik tidur dan 1 bilik air.
- Semua bilik dan ruang tamu dilengkapi kipas
- Semua bilik dilengkapi katil, almari, meja solek
- TV plasma 27" dan ASTRO
- Fully furnished dengan kabinet dapur
- Ruang letak kereta yang luas dan mempunyai landskap yang menarik, boleh memuatkan sehingga 20 kereta
- Peralatan elektrik seperti Pati Sejuk, Periuk Nasi, Sterika
- Peralatan memasak yang lengkap seperti dapur, cerek
- Perlatan dapur dapur yang lengkap seperti pinggan, cawan, sudu, etc.


Rate
RM250/night, harga boleh dirunding jika tinggal melebihi 1 malam


Contact for reservationRozi 6013-3590314
Noorazlina 6013-2102185


Website
- http://vipstay.blogspot.com


Sila layari  Homestay Semi-D Villa Yusuf

Guesthouse Villa Annur

Villa An-Nur






Homestay and Guesthouse Villa Annur- sejarah- Kami memiliki sebuah lot banglo dua tingkat di Machang yang telah diubahsuai untuk dijadikan Homestay sedia untuk disewa bagi  penginapan bermalam untuk keluarga, individu atau rombongan. Rumah ini merupakan kediaman pertama kami, di mana sekarang kami telah kembali ke kampung asal kami di Pulai Chondong. Kami ingin berkongsi keindahan memori pertama kami di kehijauan suasana kampung bersama anda semua..;)
Lokasinya hanya kira-kira 5 minit perjalanan ke bandar MACHANG. Melalui Balai Bomba dan Penyelamat dan terus ke SMKA WATANIAH..


Garaj kenderaan



Ruang hadapan villa yang luas sesuai untuk parking beberapa buah kenderaan.




Beranda yang berada di tingkat atas yang sesuai untuk menghirup udara segar di dalam suasana desa yang menenangkan

Setiap bilik akan mempunyai sebuah bilik air yang dibina khas di dalam bilik dan di ruang tengah setiap tingkat juga dibina sebuah bilik air untuk memudahkan penyewa.









        Ruang di tingkat bawah yang luas, disediakan juga meja makan, set kerusi dan
                             televisyen untuk kemudahan penyewa









Ruang dapur yang selesa


Sudut menggosok pakaian lengkap bersama ironing board ditempatkan
di tingkat atas homestay kami





Ruang tamu di tingkat atas



King Deluxe Room


Pelanggan yang berminat boleh menyewa Homestay ini di mana sebuah bilik utama 'King Deluxe Room' yang berada di tingkat atas memuatkan sebuah katil double king size dan sebuah katil single serta ruang yang luas untuk memastikan keselesaan para pelanggan. Terdapat juga meja, rak dan juga kerusi yang kondusif untuk melaksanakan tugasan. 
Di samping itu juga, tikar sejadah serta rak penyidai khas turut disediakan.







Katil double king size dan Katil single


Stairway berada di ruang antara tingkat atas dan bawah.


Superior Room

Menyediakan sebuah katil double queen serta sebuah katil single juga sebuah bilik air di dalam bilik. Di samping kemudahan menulis dan menyimpan barang dengan kemas.



Katil Double Queen dan Katil Single







Bilik di tingkat atas villa



Standard Room


Manakala  'Standard Room' pula akan menyediakan 3 buah katil single. Di dalam 'Standard Room' turut dibina sebuah bilik air khas di dalam bilik bersama kelengkapan lain.


Untuk segala urusan tempahan, sila hubungi
0199926824
Cg Haji Noor

Sila layari  Guesthouse Villa Annur

Tuesday, September 11, 2012

MIZA Homestay

MIZA Homestay terletak dalam bandar Machang di Negeri Kelantan. Alamat MIZA Homestay ialah C101 Jalan Tanah Merah 18500 Machang, Kelantan.


Miza di usahakan oleh pasangan suami isteri bekas guru yang baru bersara. Mereka mempunyai sebuah rumah yang agak besar dan luas. Oleh kerana anak-anak telah "meninggalkan sarang" dan tinggal di rumah masing-masing, maka rumah yang besar ini di bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di diami oleh mereka sendiri dan satu bahagian lagi di jadikan ruang penginapan untuk tetamu yang memerlukan tempat penginapan.
 Terdapat ruang meletak kereta yang luas di sekitar rumah yang di kelilingi dengan sebuah taman yang nyaman.















Bahagian yang di persiapkan untuk rumah tamu terdiri dari 3 (tiga) bilik tidur (masing-masing mempunyai bilik air/bilik mandi tersendiri) dan ruang tamu  yang luas. Peti ais, tempat membuat minuman panas dan setereka di sediakan.



Bilik 1
di sediakan dengan 1 katil kelamin (double) untuk dua orang dewasa. Sewa untuk bilik ini ialah RM50.00 untuk satu malam.














Bilik 2 juga di sediakan katil kelamin (double) untuk dua orang dewasa.  Harga sewa untuk bilik ini ialah RM50.00 juga untuk satu malam.


Bilik 3 dilengkapi dengan 1 katil triple, dua katil single dan satu katil yang boleh di simpan dibawah salah satu katil single dan boleh di tarik keluar untuk tidur. Seramai enam orang boleh tidur dalam bilik ini di atas katil. Harga sewa untuk bilik ini ialah RM70.00 untuk satu malam.














Sekiranya ketiga-tiga bilik ini di sewa serentak
oleh sesuatu kumpulan, ia di sewakan dengan harga keseluruhan yang istimewa iaitu RM150.00 untuk satu malam  untuk tiga bilik dan seluruh ruang tamu.

Harga yang di sebutkan di atas tidak termasuk makan dan minum. Sekiranya tetamu ingin kan makanan di sediakan, sila berunding dengan pengusaha MIZA Homestay ini Che Gu Mat dan Che Gu Wan Zainab.


Untuk pertanyaan dan tempahan, sila telepon Nombor 09-975 2573 atau 013 950 8994.


TUNJUK HALA KE MIZA HOMESTAY

DARI ARAH SELATAN: Dari Kuala Lumpur, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Kerai.

Bandar Machang terletak antara bandar Kuala Krai dan Kota Bharu.

Apabila memandu dari Kuala Krai menghala ke Kota Bharu anda akan melintasi Machang. Sebelum tiba di Machang, and mula-mula  akan tempuhi Kampong Batu 30 dan  Kemuning. Setelah melepasi Kampong Kemuning perhati papan tanda tunjuk hala ke Machang.
Belok ke  kanan apabila papan tanda menunjuk hala ke  Machang. Anda akan memandu di jalan raya yang di sebelah kiri dan kanannya adalah tanah sawah. Pandu kira-kira 0.5m lagi dan anda akan jumpa simpang tiga berdekatan dengan Balai Bomba. Masuk kiri di simpang tiga ini dan jalan ini ialah Jalan Tanah Merah (lama). Pandu terus sehingga anda  akan jumpa Sekolah Menengah Agama Wataniah di sebelah kanan. Pandu kedepan beberapa meter  lagi dan perhatikan anda akan nampak papan tanda MIZA Homestay di sebelah kanan. Selamat Datang.
Dari Kota Bharu

Sebelum tiba di bandar Machang, ada papan tanda yang menunjukkan masuk kiri ke Bandar Machang. Sekiranya anda pandu terus pada jalan utama Kota Bharu-Kuala Krai, anda tidak akan memasukki bandar Machang.  Jadi anda perlu belok kiri di persimpangan yang di tunjukkan ke bandar Machang. Setelah belok kiri, pandu terus dan akan melepasi dua lampu isyarat. Panda terus ke  depan hingga anda akan jumpa Balai Bomba disebelah kanan. Di situ juga anda akan jumpa simpang tiga. Masuk kanan di simpang 3 tersebut. Anda sekarang berada di atas Jalan Tanah Merah. Pandu terus sehingga anda  akan jumpa Sekolah Menengah Agama Wataniah di sebelah kanan. Pandu kedepan beberapa meter  lagi dan perhatikan anda akan nampak papan tanda MIZA Homestay di sebelah kanan. Selamat Datang.



Sila layari MIZA Homestay

Gaharu Guest House

RUMAH REHAT GAHARU (Gaharu Guest House) Terletak di Pekan Temangan Daerah Machang Negeri Kelantan.


Rumah Rehat Gaharu berbentuk dan terdiri dari rumah-rumah apartment 3-bilik, ada ruang tamu dan ruang dapor. Amat sesuai untuk keluarga, rombongan perkahwinan/pertunangan atau lawatan pelancongan.




Penomboran Unit-unit Apartment
Unit-unit apartment di Gaharu Guest House di beri penomboran seperti dalam gambar ini:-




HARGA PROMOSI:


Terdapat empat unit apartment di bangunan Rumah Rehat Gaharu (Gaharu Guest House) yang di sewakan. Unit 3.2 dan 3.3 adalah sama. Dua unit lagi iaiatu unit 1.3 dan unit 2.2 adalah lebih besar:


I. Apartment Unit 3.2 dan 3.3. Setiap unit/apt ada:
  1. 3 bilik tidur.  Setiap bilik di sediakan dengan 2 buah katil twin. Setiap unit apartment 3.2 dan 3.3 boleh muatkan 6 orang dewasa.
  2. Bilik sembahyang.
  3. Ruang tamu ada sofa.
  4. Ruang Dapur.
  5. Cerek elekrik.
  6. Toto tambahan di sedikan sekiranya di perlukan.
  7. Seterika.
  8. Sewa RM150.00 / unit / malam.
  9. Booking Deposit RM50.00 / unit / malam.
Ruang Tamu di apartment unit 3.2








Kadang-kadang jenis kain cadar di tukar, dan susunan katil di ubah-ubah








Pandangan-pandangan dalam apartment 3.3 (harga sewa RM150.00, sama dengan sewa apartment 3.2) 











II. Apartment Unit 1.3 ada:
  1. Tiga bilik tidur.
  2. Bilik 1 – katil double (2 orang), almari pakaian, meja cermin muka (dressing table).
  3. Bilik 2 – katil triple (3 orang), almari pakaian.
  4. Bilik 3 – katil triple (3 orang).
  5. Ruang tamu yang luas.
  6. Ruang Dapur.
  7. Cerek elekrik.
  8. Ruang Sembahyang dan rehat yang luas.
  9. Toto tambahan di sedikan sekiranya di perlukan.
  10. Setereka.
  11. Boleh digabungkan (adjoining) dengan Unit 2.2
  12. Sewa RM 170.00 / unit / malam.
  13. Booking Deposit RM 50.00 / unit / malam.
Bilik Tidur 1.



Bilik yang sama dengan kain cadar lain, pandangan dari sudut lain pula.







































III. Unit Gabungan (2.2 + 2.3):
  1. Apartrment dua lapis (double storey).
  2. Ada tangga dalam apartment naik dari tingkat dua (2.2) ke tingkat tiga (2.3)
  3. Tiga (3) bilik tidur.
  4. Bilik 1 – katil double (2 orang) + cermin muka.
  5. Bilik 2 – katil triple (3 orang).
  6. Bilik 3 – katil quadruple (4 orang).
  7. Ruang tamu yang luas dan selesa. Ada sofa dan kerusi malas.
  8. Dua (2) Ruang Dapur.
  9. Cerek elekrik.
  10. Meja makan yang besar (untuk 6 - 8 orang).
  11. TV astro.
  12. Setereka.
  13. Dua (2) bilik mandi.
  14. Pemanas air di satu bilik mandi (di uni 2.2).
  15. Toto tambahan di sedikan sekiranya di perlukan.
  16. Boleh digabungkan (adjoining) dengan Unit 1.3.
  17. Sewa RM 200.00 / unit / malam.
  18. Booking Deposit RM 50.00







 



PERHATIAN


Untuk mempastikan tuan/puan mendapat apartment yang di kehendakki pada tarikh yang di kehendakki, tuan puan di minta membayar wang cengkeram (booking deposit) sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kos penginapan tuan/puan. Wang ini tidak akan di kembalikan sekiranya tuan/puan tidak datang pada tarikh yang di janjikan. Ini untuk menentukan hanya yang betul-betul ingin menginap sahaja membuat tempahan atau booking. Kami sudah banyak kali mengalami booking tanpa bayaran wang cengkeram yang tidak jadi datang menginap. Ini bukan sahaja merugikan kami tetapi juga menyekat peluang orang lain yang betul-betul handak menginap tetapi sudah tidak ada apartment yang belum di tempah.

Pengecualian hanya boleh di buat dan cengkeram di kembalikan sekiranya tuan/puan memberitahu kami DALAM TEMPOH TIDAK KURANG DARI TUJUH (7) HARI dari tarikh penginapan bahawa tuan/puan tidak jadi datang ("to cancel").

Cara membuat tempahan ialah dengan menalipon saya (Abdullah) 019 9800996 atau email abdulct@gmail.com untuk bertanya kekosongan apartment pada tarikh berkenaan. Sekiranya nya ada kosong dan tuan/puan ingin menempah apartment, tuan/puan di minta memasukkan wang tempahan sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 30% daripada kos penginapan ke dalam akaun bank saya terlebih dahulu. No akaun bank saya boleh di dapati dari saya. Terima kasih.



LOKASI:-

Hanya 8 minit perjalanan dengan kereta dari Jalan Besar Kuala Kerai-Machang di prsimpangan di kampong BT 30.

GPS Coordinates of Gaharu Guest House is N 5.7142116, E 102.1543628


1. Laluan Gua Musang-Kuala Krai-Machang-Kota Bharu

Bila memandu dari Kuala Kerai ke Machang, anda akan melalaui beberapa pekan dan kampong seperti Gucil, Kg Telekong, Kg Bunut, Kg Pek, Setor Lama dan BT 31. Sebaik saja anda melepasi BT 31, perhati papan tanda "BT 30". Ada tunjuk hala ke Temangan di situ, belok ke kiri di persimpangan di BT 30. Apabila anda tiba di Temangan, anda akan melintasi landasan keretapi. Sebaik sahaja melintasi landasan keretapi, ikut jalan membelok kekiri. Pandu kedepan lebih kurang 400 meter, pandang ke kanan dan anda akan nampak bangunan tiga tingkat tiga pintu. Gaharu Guest House terletak di bangunan itu.



2. Laluan Gerik-Jeli-Tanah Merah-Machang

Hanya 15 minit perjalanan kereta dari Leboh Raya Gerik-Jeli-Tanah Merah-Machang. Bila memandu dari Gerik/Jeli menghala ke Machang, jangan masuk persimpangan ke bandar Tanah Merah, teruskan perjalanan. Setelah melepasi simpang ke Tanah Merah, dan setelah melintasi Jambatan yang menyeberangi Sungai Kelantan, ambil simpang kiri yang pertama dan ikut pandu arah mula-mula ke Paloh Rawa, kemudian ke Temangan. Di Paloh Rawa anda akan jumpa simpang tiga. Sekirannya anda memandu kereta biasa (sedan, van, 4-wheel drive dan tidak bas atau lori) terus kan perjalanan kehadapan di simpang itu. Anda akan melalui satu jambatan kecil. Dengan berhati-hati Pandu ke hadapan hingga anda jumpa satu simpang T. Di simpang T itu, belok ke kanan menghala ke Kerela atau Kuala Hau. Setelah melintasi landasan keretapi teruskan perjalanan sejauh kira-kira 400 meter. Di sebelah kanan jalan anda akan nampak bangunan tiga tingkat-tiga pintu. Itu ialah bangunan Gaharu Guest House.

3. Laluan Dari Kuala Terengganu ke Kelantan

Dari Kuala Terengganu ikut hala ke Jerteh. Jerteh ialah satu bandar dalam negeri Terengganu yang hampir dengan sempadan negeri Kelantan. Kira-kira 5 km setelah anda melepasi Jerteh tetapi sebelum bandar Pasir Puteh, anda akan nampak papan tanda menuju ke Leboh Raya Timur Barat. Belok Kiri apabila ada tunjuk arah ke "MACHANG, JELI, GERIK". Apabila tiba di MACHANG, pada lampu isyarat yang pertama atau ke-2, belok kiri ikut tunjuk hala ke KUALA KRAI. Setelah melepasi Bandar Machang, anda akan melalui kampong KEMUNING, PANGKAL PETAI, AIR HIJAU dan JAMBU LAWAR. Di AYER HIJAU dan JAMBU LAWAR perhatikan untuk papan tanda ke TEMANGAN. Di BT 30 ikut arahan dan belok kanan ke TEMANGAN. Jarak perjalanan ke Temangan ialah 8 km. Apabila anda tiba di Temangan, anda akan melintasi landasan keretapi. Sebaik sahaja melintasi landasan keretapi, ikut jalan membelok kekiri. Pandu kedepan lebih kurang 400 meter, pandang ke kanan dan anda akan nampak bangunan konkrete tiga tingkat tiga pintu. Gaharu Guest House terletak di bangunan itu.

Tempoh Perjalanan Kereta ke Kota Bharu dan Rantau Panjang

Bagi pelawat yang ingin bersiar-siar di Kota Bharu atau membeli belah di Rantau Panjang, Gaharu Guest House adalah ideal untuk menginap kerana anda dapat elak kesesakan tinggal di bandar Kota Bharu atau di bandar Rantau Panjang. Gaharu Guest House di Temangan terletak hanya 60 minit perjalanan kereta ke Kota Bharu, 60 minit perjalanan kereta ke Rantau Panjang.

Thursday, November 01, 2007

How to get to Gaharu Guest House in Temangan

GPS Coordinates of Gaharu Guest House is  N 5.7142116, E 102.1543628
If you are travelling by TRAIN

Gaharu Guest House is located ONE KM from the
Jungle train station called TEMANGAN. There are two lines of express Jungle Trains. First, The Ekspres Wau intercity train serves destinations between Kuala Lumpur and TUMPAT, the northernmost station on the North East Coast of Peninsular Malaysia. Second, The Ekspres Timuran runs between Singapore and TUMPAT. Although both express trains do not stop at TEMANGAN, do not despair. The good news is these express trains do stop at the next nearby main station TANAH MERAH, located about 15 minutes away from TEMANGAN by car or taxi.

Train tickets may be purchased on line from
this link.

There is another type of Jungle train that we call "the
Local Trains" as opposed to "express trains". These Local Jungle Trains run between KUALA LIPIS (in the state of PAHANG) or GUA MUSANG (in the state of KELANTAN) and TUMPAT (the northern most station in KELANTAN). They DO STOP at TEMANGAN station, one KM from The Gaharu Guest House.

Persons who are visiting the
Taman Negara or National Park at Kuala Tembeling in PAHANG may take the train from MERAPOH to TEMANGAN. I believe Local Train tickets can only be purchased at the train stations.

Visitors from
KOTA BHARU may go to TEMANGAN with the Local Train. The nearest train station serving Kota Bharu is WAKAF BARU. The Local Train ride from WAKAF BARU to TEMANGAN is about one hour. 


If you are travelling by BUS

Alternatively, from KOTA BHARU, one may take the bus first to
MACHANG, and then take a shared-taxi to TEMANGAN. At Temangan you will be crossing a railway track. After the crossing, take the natural curve of the road towards the left. Drive about 300 meters, Look on your right for a three-storey concrete building. Gaharu guest house is in that building.



Shared taxi fare with 4-passengers is 4 times cheaper than if one takes the taxi ride alone. Currently taxi fare between MACHANG and TEMANGAN is RM10.00 and if you are sharing with three other passengers, the fare is RM2.50. Please beware that in Malaysia, there are unlicensed "taxis" that the local folks call them "taxi private sapu". Their cars are not painted "yellow and red". If you want to accept their services, be sure to negotiate the fare with them first before taking the ride. Sometimes they ask for double the normal fare for the reason that their return trip is empty without passengers. Some unsuspecting visitors may assume that they are giving you a free "lift" or "ride" similar to hitchhiking. Do not assume so unless you are sure that the person is truly giving you a free ride to your destination.
There is unfortunately no bus-service between MACHANG and TEMANGAN.

With sufficient prior notice, arrangements could be made to pick guests from KOTA BHARU, WAKAF BHARU, TANAH MERAH, MACHANG or TEMANGAN stations.


Visitors travelling by Bus
from any where in Malaysia may disembark either at the towns of MACHANG or TANAH MERAH, both of which is about 15 minutes by car or taxi to Gaharu Guest House. Similarly, pick-up arrangements can be made with sufficient prior notice.

If You Are Travelling by CAR




GPS Coordinates of Gaharu Guest House is @ 5.7139N, 102.1542E

Visitors who are driving
may access Gaharu Guest House very easily.
If you are driving the
Kuala Lumpur-Gua Musang-Kuala Krai-Machang-Kota Bharu route, you would find TEMANGAN Sign-post approximately 20 km after you passed the town of KUALA KRAI. After Kuala Krai, you would be passing through villages such as Gucil, Telekong, Kg Bunut, Kg Pek, Setor Lama and BT 31. Once you pass BT 31, watch out for TEMANGAN sign-post at the next village called BT 30. TURN LEFT at BT 30 and TEMANGAN is only an eight minute drive from there. At Temangan you will be crossing a railway track. After the crossing, take the natural curve of the road towards the left. Drive about 300 meters, Look on your right for a three-storey concrete building. Gaharu guest house is in that building.


Drivers coming from the west along the East-West Highway via the
Gerik-Jeli-Tanah Merah-Machang route, Temangan is accessable easily. After Jeli, do not take any turns into Tanah Merah town, but drive through towards Machang. Less than 0.5 km after passing Tanah Merah town, you would cross a bridge across the Kelantan River. Immediately after crossing this bridge, take the very first left turn, and follow directions first towards PALOH RAWA, and then towards TEMANGAN. After passing Paloh Rawa, if you are driving a nornal sedan car, van, or 4-wheel drive other than buses or big lorries, drive straight ahead at the junction. It will eventually take you through a narrow bridge. Drive on until you meet a t-junction. You have reached Temangan. At that t-junction take right towards Kerela, cross the railway track. After the crossing, take the natural curve of the road towards the left. Drive about 300 meters, Look on your right for a three-storey concrete building. Gaharu guest house is in that building.

Kelantan state is also accessable from a popular destination, the cool CAMERON HIGHLANDS. On the North-South Highway either north-bound or south-bound, you may exit the highway at SIMPANG PULAI in the state of Perak. From this exit drive towards Cameron Highlands. Near Cameron Highlands look for roadsigns towards GUA MUSANG and drive in that direction. From Gua Musang you may either take the
Kuala Krai-Machang-Kota Bharu route or the Jeli-Tanah Merah-Machang route. To take the second route, make a left turn towards Jeli about 3 km BEFORE reaching Gua Musang. Directions to go to Gaharu Guest House in Temangan from either of these two routes are given in the paragraphs above.

For those driving from KUALA TERENGGANU towards KELANTAN state, watch out for the East-West Highway after you have passed JERTEH, a town in the state of Terengganu, but is near the border to Kelantan state. About 5 KM after JERTEH, (but before reaching the town of Pasir Puteh) this Highway can link you towards the West Coast of Peninsular Malaysia to GERIK and PENANG. When you see the sign "MACHANG, JELI, GERIK", TURN LEFT into this Highway and drive through. At the 1st or 2nd traffic light at MACHANG, take a LEFT TURN towards KUALA KRAI. You would be passing through villages of KEMUNING, PANGKAL PETAI, AYER HIJAU and JAMBU LAWAR. At Ayer Hijau or Jambu Lawar watch for TEMANGAN sign-post. When you see the right-arrow TEMANGAN sign-post at BT 30, take a RIGHT TURN. It will take you to GAHARU Guest House in 8 minutes. At Temangan you will be crossing a railway track. After the crossing, take the natural curve of the road towards the left. Drive about 300 meters, Look on your right for a three-storey concrete building. Gaharu guest house is in that building.


See you there and e
njoy your holiday.

Promotional Room Rates

Greetings,

Welcome again to our website, a blog that updates you with the happenings in Temangan, Kelantan, a little village in the state of Kelantan. I have included at the bottom of this blog links to the cultural aspects of Kelantan and Places of interest. Temangan is located in an area off the beaten track, with lovely rural environment and friendly people. There is a new (and the only) guest-house for visitors to this area. We named it Gaharu (a Malay word that means oudh or agarwood). The guest house consists of apartments.


Each of our apartment consists of three bedrooms, a living room and a kitchen area.


We are promoting our new guest-house now at an unbelievably low rates.
There are three categories of apartments. The difference being the size of the apartments, the facilities inside the apartment, and whether it is a single storey or two-storey  apartment. a whole apartment (three rooms) the rental is only RM150.00 per night (category 1), RM170.00 per night (category 2) and RM200.00 per night (category 3). (RM = Ringgit Malaysia or Malaysian Ringgit).

HOW TO MAKE A BOOKING OR RESERVATION

Please telephone +60 19 9800996 or send me Abdullah an email (abdulct@gmail.com) to enquire availability on the date(s) that you want to stay. To ensure that the apartment(s) are reserved for you on the date(s) that you want, we advise that you pay an advanced booking deposit. Otherwise we are not obliged to save the apartment for you. When you decide to book, please pay a booking deposit or not less than 50% of the agreed cost of accommodation into my Malaysian bank account or request that I provide a secure paypal link for the payment. The bank account number will be provided on request for the purpose of making the booking deposit. The booking deposit will not be refunded for no-show cases. Exceptions will be given and the deposit will be refunded ONLY if the guest provide a notice to cancel by telephone or by email Five (5) days before the intended date of stay.

Currency exchange rates (Approximately):

1 Euro = RM5.00 , 1 British Pound = RM
6.24, 1 US Dollar = RM3.14.
For information on up-to-date currency exchange rates please visit
this link
Please visit  Gaharu Guest House